Welcome back Ramadhan al mubarak! :)

Assalamualaikum w.b.t..


hah! tajuk kali ini... RAMADHAN :)
sekejap je masa berlalu..dah setahun rupanya Ramadhan yg lepas berlalu.
dan ianya terus kembali setiap tahun.
betapa indah nya Ramadhan jika dihayati sebetulnya.
dan di bulan Ramadhan juga umat Islam diwajibkan berpuasa...
tak lama cuma 30 hari je.. fadilat yg dijanjikan sangatlah besar kepada mereka yg bersabar.
bulan Ramadhan juga dikenali sebagai Bulan Nabi.
dalam bulan Ramadhan ada solat sunat yg dinamakan. Solat Sunat Tarawikh. 
okay untuk lebih spesifik saya akan kongsikan sedikit laa mengenai bulan yg mulia ini.


hah ini dia maksud puasa yg sebenarnya...


Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu..daripada terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari yg disertakan dengan niat.



Solat Tarawih adalah solat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-Mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas solat Isyak dan sebelum solat Witir.


dan rasanya sangat jelas maksud2 yg telah saya kongsikan.
diharapakan tiada yg salah faham atau pun tidak faham..
ini adalah sekadar perkongsian sebagai hamba Allah yg saling mengingati antara satu sama lain.






hah! nanti jangan lupa pulak pasang niat puasa ..kalau boleh niat terus utk sebulan ehhh..
jangan tangguh tangguh tau!


yang ni utk sehari je ehh..
yang ni utk sebulan :)

lagi satu ...SAHUR itu penting!
jangan nak skip pulak...

"Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan" (hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

okay ..semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yg sebelum ni.

just got a good news!!
yay..abang balik kuantan mggu ni sbb nak puasa sama sama satu family..
nak ikut abang balikkk.
semoga Allah permudahkan..insyaAllah..


Comments

Popular posts from this blog

happy Eid Mubarakk !!

world of chances !

GUY 's that I admire the most !