when problems does occurs!
semenjak dua menjak ni, banyak pulak benda besar berlaku dalam hidup aku!..
dan semua benda tu, masalah masalah!
hmmm
tak sanggup menanggungnya..memang berat gila.
semuanya macam datang bertubi tubi menyerang aku.
apa salah aku? sampai semua pun nak berlaku pada masa yg sama..
mesti ada apa apa yang tak kena aku dah buat sebelum ni.
nak mengadu kat sesiapa? memang tak ahhh cerita dia..
aku bukannya jenis yang suka nak bagi tahu apa masalah aku kat orang lain.
tak biasa bagi orang lain tahu masalah aku...
sbb nanti macam susahkan dorang.
maaf kawan kawan, walaupun korang rapat dengan aku..tapi dalam menyelesaikan atau menanggung masalah aku, biarlah aku sendiri yang tempuh.
memang nampak perubahan emosi aku, tapi aku cuba utk tidak tunjukkan pada orang lain.
kalau ada yang nampak perubahan itu, maknanya masalah tu sangatlah berat.
bak kata pepatah "lebih berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul"
aku hanya manusia biasa...manusia memang fitrah kejadiannya lemah.
tambahan pula, aku memang agak sensitif bila masalah itu bermain dengan perasaan.
bukan mudah utk menyorokkan nya bila ianya jelas terpampang..
kalau boleh aku nak lari sejauh jauhnya utk hilangkan diri aku buat sementara waktu..
utk tenangkan fikiran yang tengah serabut. hilangkan semuanya. hilangkan apa yang membuatkan aku serabut..
tapi buat masa sekarang, belum lagi masanya utk aku merawat hati aku.
biarkan apa yang berlaku menjadi tempias sahaja.
lepas final exam baru boleh buat semua tu..
semoga aku kuat utk tempuh masalah2 ini.
Ya Allah, please make this easier for me. and things become solve.
Comments
Post a Comment