Erti Hidup

Assalamualaikum w.b.t...hey hooo!
setelah 3 bulan lebih akhirnya dapat jugak menaip balik..hikss.
pencapaian gitooohhh..

Kisahnya mcm biasalah kan nak cerita pasal apa yg berlaku disekeliling aku..
nak mulakan dari mana pun tak tau. tp rasanya okay kott kalau mulakan entri kali ini dgn coretan MDS Sept 2013.
bermula 26 Ogos 2013, gigih haa naik bas ke Pulau Pinang sbb Kursus PMDS hari tu dibuat kat sana.
dari Kuantan ke Penang mmg jauh giloss...lebih kurang setengah hari duduk je dalam bas tu tak buat apa2 selain TIDUR!..
sbb apa? sbbnya dah dapat warning awal2 drpd abang2 aku yg concern semuanya tu. hee
demi keselamatan kata mereka. jadinya mmg agak kematu lah punggung berjam jam duduk dlm bas.
lepas tu, bermalam kat rumah Anis. 
keesokan hari nya terus ke UiTM Pulau Pinang untuk KPMDS tu.
banyak pengalaman baru dan kenangan manis/pahit.
antaranya Explorace satu P.Pinang..siapa sangka kami semua boleh berjalan kaki sejauh 7km dari Padang Kota ke Gurney Plaza?

lebih kurang 2 jam perjalanan jalan kaki tanpa henti...jauh yg amat!
nak dijadikan cerita, malam sebelum explorace tu aku tak tidur pun..tak tau kenapa
mungkin sbb kat tempat baru kott..so susah laa nak lelap mata ni.
lepas tu, masa explorace yg kena berlari ke sana sini tu boleh pulak mengantuk..
nak2 bila tak buat apa2 masa menunggu bas...sampai mpp nak cari teksi haa utk aku. hehe
baik punya concern..tp utk menyedapkan hati semua orang ikut je laa jalan kaki sekali..semangat sikit!
yg malangnya sepanjang perjalanan 7km tu, asyik kena je "Tasneem okay? jangan tidur sambil berjalan ye"
motif sangattttt! haha

tapi penat mana pun, disbbkan semangat kerjasama satu pasukan penat tu ditolak ke tepi.
dan dapatlah menikmati betul2 pemandangan kat Penang. bukan senang haa...
selalunya naik kereta je..ini bila dah dapat peluang jalan kaki, makin indah lah pengalamannya.
utk Kursus kali ni lebih banyak kenalan..lebih meriah gitteww drpd yg sebelum ni.
lepas dah selesai Kursus selama seminggu tu, maka bermulalah tugas sbg PMDS.

dan seperti Mds lepas, masih lagi memegang amanat sbg Biro Program, protokol dan fasilitator..
tapi kali ni aku ditugaskan di Kolej Seroja.
agak awkward dan krik krik jugak laa pada mulanya..
tp at last dapat kekalkan momentum sbg fasi dkt kolej Seroja.
bukan apa, sbb kena jaga budak2 Medic & Art and Design..mula2 jenuh jugak lah nak cari jalan bagi dorang tak "lemau"..tp akhirnya okay je.
dan kali ni jugak berjaya laa buat trademark utk dorang semua iaitu "anggun...vavavoom" 
hehe..
out of sudden, idea tu keluar masa tengah pegang mic..
adik2 semua sporting pulak ikut je apa yg aku suruh. hihi

antara coretannya:




Biro Program, Protokol dan Fasilitator MDS Sept 2013

Comments

Popular posts from this blog

happy Eid Mubarakk !!

world of chances !

GUY 's that I admire the most !