goodbye 2013 (RECAP)

Assalamualaikum..hey hoo
post kali ni adalah utk recap kembali apa yg terjadi sepanjang tahun 2013 ni.



JANUARY
masa bulan januari ni takde apa sangat sbb tengah bercuti..cuti lama uollss sampai tak tahu nak buat apa.
5 bulan tau. ingat nak kerja laa, tp end up dgn melapuk selama 5 bulan di rumah sahaja.

FEBRUARY
dapat offer sambung degree..tmpat yg sama laa. uitm shah alam lagi. tp cuma course je lain.
Bachelor in Communication (Communication Management and Policy) (hons). alhamdulillah..
dan pada masa itu, kena lah buat medical check-up. pergi2 kat klinik check blood pressure. perghhh!! tinggi wehh. doktor syak kena hypertension. terkejut den! tp takde pape yg serious pun pasal BP tinggi tu.

MARCH 
mulakan hidup sbg pelajar ijazah sarjana muda. satu pengalaman yg menarik jugak laa. sbb sebelum ni asasi je. hmmph..dapat kawan baru, suasana baru laa sbb kat Fakulti lain. hiks

APRIL
bulan ni pun rasanya mcm takde apa sangat..tapi yg ingat nya pergi RTM kot..dpt jemputan pergi program secara langsung kat sana. masuk tv uollss..banyak moment dgn kelas je kot.
dan lagi satu bulan ni jugak dapat dslr (baby Nikky) :3

MAY
bulan ni sibuk nak tunggu cuti midsem..dan juga birthday anis.
pertama kali nya aku bertindak sweet..haha sweet ke?
buat prank kat dia dgn simbah air downy n tepek bedak sejuk kat dia dgn kawan2 yg lain.
lepas tu pagi esoknya, bg kad birthday custom made okay. gigih gila buat sendiri.
dan satu lagi, tampal "happy birthday" kat dinding dia. hihi

JUNE
utk bulan jun ni banyak sikit kot kenangan..kenangan baru laa tapinya.
jadi Pemimpin Mahasiswa utk mds..ikut anis laa punya pasal.
tapi best laa, dpt kenal ramai orang..dpt kenal junior2. dpt hilangkan rasa malu cakap depan orang. hee
banyak pengalaman laa dr kenangan.

JULY
bulan ni sibuk dgn final..first final exam hokehh! cuak laa. 
dan bulan ni jugak first time jejakkan kaki di Kelantan. sangat luar biasa laa bagi ku..hehe

AUGUST
bulan ni raya macam biasa laa setiap tahun kan. kat kampung..
lepas tu, dapat kakak ipar! jadi flower girl. hikhik
lapang sikit sbb tgh cuti sem..so, takde benda sangat.

SEPTEMBER
lagi sekali jadi PMDS..tp kali ni kena bekerja dgn ramai orang sbb intake yg masuk masa sept dekat 3k.
dannn dpt kenal lagi dengan ramai orang..:)

OCTOBER
bulan ni macam kelakar sikit..sbb tetiba join main futsal dan boleh pulak sumbat 2 gol.
so, dpt lah pingat emas utk Futsal Piala Dekan fakulti meskom. yeay!

NOVEMBER
bulan fav setiap tahun ni..birthday aku! tiap2 tahun pun dapat wishes.
tp kali ni best laa sbb ramai yg sambut sekali..thank you Shamil for the cake and the present. thank you jugak anis for the present. and thank you for those yg ada sekali masa tu, Remy Shah Basyar AJ Alam Aiman dan Nawie. you guys are lovely :)

DECEMBER
the last month of the year ni mcm hambar sikit..tapi okay je laa.
dapat balik rumah luangkan masa dgn mak dan semua..dapat itu ini. hikhik makasih mak.


DALAM MANIS ADA JUGA PAHITNYA, TAPI APA-APA PUN YANG MANIS TETAP AKAN DIUTAMAKAN. TERIMA KASIH 2013 :)








Comments

Popular posts from this blog

happy Eid Mubarakk !!

world of chances !

GUY 's that I admire the most !