memories in 2012 :')


hello!!
dah lama tak update haa blog ni...
takde masa katanya..padahalah. haha
sebenarnya agak berat tangan nak menaip,nak on lappy lagi,nak kena duduk berjam2 mengadap lappy..
hmmm semua ada alasan kan. hidup ni kalau takde alasan memang tak sah..
sama lah jugak macam perjalanan hidup aku.

haa 2012 dah pergi, sekarang 2013 pula yg datang..
cepat masa berlalu...dan juga cuti makin suntuk haa.
tinggal 2 bulan lebih je..

apa yang nak diceritakan dalam entri kali ni sebenarnya pasal memori2 yang pernah wujud dalam hidup aku dalam tahun 2012.
seriously, memang banyak..ada yang indah,suka,duka,perih,gelabah bagai semua tu..

meh lagi nak cerita...
kena guna teknik imbas kembali laa gamaknya ni.
bermula dari....

JANUARY 2012:
*selak selak entri lepas* hehe
terimbas kembali kenangan pada bulan januari 2012..
macam2 berlaku sbb masa tu cuti mid sem..
sebelum balik cuti tu ada lah sikit ketegangan perasaan kat kawan2 yang ada.
macam apa entah kan..haishhh sangat gila masa tu tetiba je aku nak marah2.
tapi aku kalau marah kat kawan2, aku akan luah kat blog je..so, hanya segelintir sahaja yg tau. 
kesimpulannya, di awal2 tahun 2012 perasaan aku agak goyah disebabkan beberapa insiden. haha epik sangat!

FEBRUARY 2012:
hmmm bulan ni agak gelabah sikit..sbb FINAL EXAM kenn.
tp masa ni study week je laa.
lepas tu kena berpisah sementara dengan kawan2...
seriously, aku tak pernah ada kawan2 mcm dorang tu semua.
semua cool,sporting,supportive kottt..
nak stay up sampai tak hengat dunia pun boleh haa.
lepas tu kena berpisah jugak dengan budak2 kelas..(LWA02I)
dan pada bulan ini jugak cinta berputik...sangat tak disangka aku boleh jatuh hati dengan "dia"
kisah kenyit2 bermula..
29 feb kami bersua...makan malam. (semua dah diplan oleh kengkawan)
kesimpulannya, bulan ni agak bahagia...

MARCH 2012:
FINAL EXAM pun tibaa...agak keserabutan jugak lah..
alhamdulillah berjaya mengahrunginya. :)
bulan ni agak indah cerita nya...
banyak kenangan yang takkan dilupakan.
itu lah kali terakhir kami bersua..
bermandi manda kat wetworld dengan 31.
kesimpulannya, happy ending gittewww..

APRIL 2012:
owhh april takde entri blog laa..
hmmmm dan pasti nya bulan ni aku tengah bercuti kat rumah.

MAY 2012:
bulan may ni pulak bermulanya tugas ku bekerja di kedai serbaneka (7-eleven)
agak best sebenarnya sbb ada 3 shift...
tapi yg paling best shift malam lahh.. hewhewhew
dan pada 22nd may birthday "dia"...haha yg ni lawak..
masa ni lah aku kerja malam,kena jadi cashier..ingat nak wish awal2 laa kan.
sekali pukul 1 baru boss balik*memang kena tunggu boss balik baru boleh call*
pastu, okay je laa.then, bergayut laa sekejap masa rehat pukul 4 pagi tu..
(melayang dohhh jiwa aku) over giloss
dan bulan ni jugak dapat gaji pertama! ;D

JUNE 2012:
bulan ni dah sambung belajar balikkk. sem 3!!
kehidupankan kembalilah ke shah alam..
seriously tak berapa best, sbb hari2 makan roti..malas nak turun pergi DC sbb sorang2.
huh!
dan bulan ni jugak dengan pertama kali dapat tengok live match football..
MAS v SIN...ada Safee Sali uolllsss..
walaupun nampak dari jauh je, tetap jugak rasa yg dia tu awesome! hahaha

JULY 2012:
dan pada bulan july, umat islam seluruh dunia berpuasa..
sedih jugak laa sbb puasa sorang2..
tp aku kan kuat! boleh hidup rupanya. haha
ada juga berita yg agak menyedihkan bulan ni...seseorang yang boleh dikira kawan jugak telah kembali ke rahmatullah.
ketika itu, terdetik dalam hati kecil ku berkata "perasaan ini sama macam pemergian ayah 6 tahun lepas"
semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

AUGUST 2012:
dalam bulan ni beberapa perasaan sedang menyelubungi minda..
rindu,gementar,gembira, semua lah..
susah nak diceritakan..

SEPTEMBER 2012:
tengah2 duk sibuk dengan persiapan exam,boleh pulak menawan 11 puncak kat BUKIT TABUR..
waktu tu demam kott...tp still boleh panjat puncak yg sememangnya puncak itu..
itulah Bukit yg paling mencabar yang pernah aku daki.

OCTOBER 2012:
dan pada bulan ini segala galanya telah berakhir...(8 oct)
sedihnya memang tak terkata...
aku sangkakan dialah yang terakhir utk aku..
tapi itu semua hanyalah mustahilll...
seriously, down gila waktu ni..dengan Final nya lagi tinggal satu paper..
nasib baik ada 3 hari gap..
aku berjaya tahan kekecawaan aku selama 3 hari..dan pada hari yg last tu aku luahkan kembali..
tp semuanya aku simpan, biar aku sorang je yg tau.
air mata gugur tak payah cakap lah berapa banyak, basah habis bantal2.
segan nak nangis sebenarnya sbb ada roommates kan..hmm
lepas tu aku berangkat lah ke Kuantan..balik membawa hati yg lara..
dah tak de apa nak dikenangkan..lepaskan je.

NOVEMBER 2012:
bulan ni lah yg paling aku nanti nantikan setiap tahun!
that's mine! haha
dan bulan ni jugak result keluar...
alhamdulillah, setelah beberapa halangan aku berjaya menamatkannya..
semua benda lah nak berlaku bulan ni..birthday,result..hehe

DECEMBER 2012:
hmmm bulan ni ada big event!
kakak kahwin..makanya bertambah lah bilangan AMAZATA's FAMILY. :)
abang ipar uollsss

CONCLUSION:
tahun 2012 telah mengajar aku apa itu bahagia, sengsara,gembira, gelak tawa dan banyak lagiii..



LIKE I SAID, THE MEMORIES REMAINS IN MY HEART, STILL AND ALWAYS THERE :")




Comments

Popular posts from this blog

happy Eid Mubarakk !!

GUY 's that I admire the most !

world of chances !