mula teringin mengetahui rahsia Allah..



hmmm..tajuknya haa kemahen!
hee sebelum mulakan entri kali ni haruslah dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..
sekarang ni tepat pukul 00.30, tak tahu apa nak buat tengah2 malam mcm ni.
tadi dah tengok Running Man..(cukuplah 1 episod sehari) 
tetiba dapat idea nak menaip! 
dan tajuknya pada kali ini agak melampaui pemikiran aku..haishhh usia semakin meningkat ni mula nak 
tahu pasal JODOH...

apa itu jodoh sebenarnya? :O

Pengertian 'jodoh' menurut (agama) Islam, adalah pasangan (laki-laki dan perempuan) yang "telah ditetapkan" atau "disahkan" dalam ikatan pernikahan..

Jodoh ni sebenarnya memang dah tentukan oleh Allah sejak perjanjian roh lagi..
nampak tak betapa penting nya jodoh kat situ?

jadi sebenarnya apa yg nak dibicarakan disini adalah aku mula tertanya tanya siapakah jodoh aku..
memang aku takkan tahu kalau takde usaha dan istikharah nya..
hmmm ramai juga yang kata "tunggu jelah..nanti mesti ada jodoh punya"
memang betul laa statement tu, tp sebagai hamba Allah kita sentiasa diberi peluang(digalakkan) utk mencari,berusaha,ikhtiar dengan apa cara sekalipun selagi ianya tak melanggar syariat..
dan memang juga kita tak boleh menolak jodoh yang Allah tentukan.
tapi perlu juga semua tahu yang sebenarnya kita sendiri boleh memohon kepada Allah agar dikurniakan jodoh yang baik dan sedap mata memandang.
insyaAllah, dengan izin Allah akan termakbul hajat kita itu..
pendek kata, nak jodoh ni kena usaha lah sikit!

*entah apa yang aku merepek memalam ni pun tak tahulah*

tapi apa yang aku tahu, kadang2 kita beriya cari seseorang untuk mengisi kekosongan hati kita jauh2, padahal orang yg dicari2 tu sebenarnya ada je depan mata kita...
 nak tertanya itu ini banyak sangat pun tak guna, tapi nak buat macam mana dah setiap soalan mesti akan ada jawapannya.. *tak sabit langsung rasanya* haha

apa apa pun aku berserah sahaja kepada Allah dan mula mencari mulai sekarang *cewahhh semangat haa!*
kalau tak usaha mana nak dapat kan...jadinya kenalah berani menghadapi beberapa risiko.
sebenarnya impian aku dulu, tak nak langsung ada "boyfriend" selain suamiku..
tapi....nak buat macam mana kan semua dah lepassss...
cuma dapat berharap tiada lagi lepas ni..
aku bukannya tak pernah gagal..dah beberapa kali dah.

rahsia itu hanya Allah yang tahu...


nak kongsi sikit, aku sangat tertarik dengan lirik lagu ni...
" ya Tuhanku ketemukanlah kami berdua nanti,
hingga itu ku mohon Kau jagalah dirinya"

*sebelum banyak lagi benda yang akan aku repekkan, baiklah sekiranya aku berhenti takat ni je*

Dear Jodoh, please find me another 5 or 6 years from now :) or please just stick with me till the time I turn 27 years old ;)
*kerepek lagi merepek. kbye*


Comments

Popular posts from this blog

happy Eid Mubarakk !!

GUY 's that I admire the most !

world of chances !